KANGAR: Seorang bekas tentera berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kangar hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya yang juga seorang jururawat Hospital Tuanku Fauziah, Kangar di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau pada 30 September lalu.
Tertuduh, Indera Zailan Mohamad Sani, 38 dari Gerik, Perak hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nor Haliza Md Ali.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati membunuh Munirah Abu Bakar, 31, di sebuah rumah di Batu 3/4 Jalan Padang Nyu, Arau.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 29 September sekitar jam 10 malam hingga 6.55 pagi pada 30 September lalu.
Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Jika sabit kesalahan boleh digantung sampai mati atau penjara tidak lebih 40 tahun dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan.
Pendakwaan dilaksananakan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Muhamad Asyraf Md Kamal dan Mohd Izham Ali manakala tertuduh diwakili peguam, Hari Prassaad Rao.
Mahkamah kemudian menetapkan 17 November hadapan bagi sebutan semula kes di mahkamah yang sama sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selain menunggu laporan kimia dan laporan bedah siasat kes berkenaan.
Dalam kejadian pada 30 September lalu, Indera Zailani membunuh Munirah dengan menikam mangsa di bahagian kiri dada dengan sebilah pisau di kediaman pasangan terbabit di Jalan Padang Nyu, Arau.
Kejadian jam 6 pagi itu dipercayai bermula dengan pergaduhan antara suspek dengan mangsa di ruang tamu rumah itu tatkala mangsa sedang dalam bersiap untuk keluar bertugas.
Indera Zailan yang berang selepas itu secara tiba-tiba mengambil pisau dan menikam dada mangsa.
Selepas membunuh mangsanya, suspek dikatakan membawa wanita berkenaan ke dalam bilik utama dan menutup mayat mangsa dengan selimut tebal.
Suspek kemudian bertindak memandu kereta dan menghantar dua anak mereka berusia lapan dan 10 tahun ke rumah pengasuh di Kampung Kubang Gajah, Arau yang terletak sekitar tiga kilometer dari tempat kejadian.
Selepas itu, suspek menyerah diri dengan memaklumkan kejadian berkenaan di pondok pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sekitar jam 10 pagi sebelum polis ke tempat kejadian.
Semakan ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Manakala, hasil bedah siasat mangsa di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar mendapati Allahyarham Munirah maut akibat luka tikaman hingga ke hati serta bahagian pembuluh darah.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Oct 11 2023
Tertuduh, Indera Zailan Mohamad Sani didakwa melakukan perbuatan itu pada 29 September sekitar jam 10 malam hingga 6.55 pagi pada 30 September lalu. - Foto Bernama
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Raja Mohamed Affandi anggap PRK Kemaman sebagai 'call of duty' demi rakyat
Sebagai bekas tentera, tawaran menjadi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) umpama satu 'call of duty', kata Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Bekas tentera didakwa bunuh isteri berhadapan hukuman gantung
Tertuduh didapati membunuh Munirah Abu Bakar di sebuah rumah di Arau pada 30 September lalu.
Mahkamah Rayuan ganti hukuman mati bekas tentera dengan penjara 40 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman mati seorang bekas tentera dengan penjara 40 tahun bagi kesalahan membunuh seorang wanita warga emas.
Bekas tentera dipenjara selepas lakukan amang seksual terhadap anak lelaki
Bapa berusia 52 tahun itu mengaku salah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya yang berusia enam tahun.
Pasca PRU15: Veteran cadang bekas tentera jadi Menteri Pertahanan
PVATTBM mencadangkan kepada Perdana Menteri agar jawatan Menteri Pertahanan atau Timbalan Menteri Pertahanan, diberikan kepada bekas tentera.
Bekas tentera dipenjara 24 tahun rogol, liwat anak perempuan
Mahkamah Rayuan memerintahkan seorang bekas tentera yang didapati bersalah merogol dan meliwat anak kandungnya menjalani hukuman penjara selama 24 tahun berkuat kuasa hari ini.
Bekas pegawai tentera didakwa tipu kontraktor selenggara
Hadapi pertuduhan menipu seorang kontraktor berhubung kerja-kerja penyelenggaraan membabitkan RM8,500, lima tahun lepas.
Bapa tergamak bawa anak demam teman lepas gian dadah
Seorang bapa tergamak membawa anak lelakinya yang demam untuk menemaninya melepaskan gian di sarang penagihan dadah.
Penjenamaan semula: Bekas tentera pilihan utama jadi pengawal keselamatan
Bidang kawalan keselamatan mengalami kekurangan pekerja disebabkan kekangan bagi syarikat terbabit membawa masuk pekerja asing.
Bapa terkejut temui mayat anak tergantung
Anaknya ditemui tergantung di ruang tamu dengan tali diikat pada kipas angin rumahnya di Taman Seri Jenaris, Tikam Batu, Sungai Petani kira-kira jam 10 pagi.